September 27, 2025

Tarikh: 06 & 07 Ogos 2025
Lokasi: Bilik Mesyuarat, Perodua Jahim, Tanjung Karang

Bahagian Korporat P10X Academy berbangga kerana berjaya mengendalikan Latihan TikTok Content & Live Strategies selama 2 hari bersama pelanggan kami yang dihargai, Perodua Jahim, Tanjung Karang.

Memperkasa Kemahiran Digital untuk Jualan Automotif

Program ini direka khas untuk meningkatkan penguasaan praktikal peserta dalam pemasaran media sosial, sekali gus memperkukuh kehadiran jenama dan memacu pertumbuhan perniagaan.

Seramai 15 orang Sales Advisor terlibat dalam latihan ini, yang memberi fokus kepada:

  • Penciptaan Kandungan TikTok – menghasilkan video pendek yang lebih menarik.
  • Teknik TikTok Live Engagement – mengendalikan sesi siaran langsung yang mampu menarik dan menukar pelanggan.
  • Strategi Berasaskan Data – menggunakan analitik khusus untuk industri automotif.

Bimbingan Pakar Digital Marketing

Latihan ini dikendalikan oleh Coach Erni A., pakar strategi pemasaran digital. Peserta didedahkan dengan cara memanfaatkan TikTok sebagai alat jualan berkesan, khususnya untuk meningkatkan jualan unit dalam pasaran automotif yang kompetitif.

Komitmen P10X Academy terhadap Pembangunan Industri

P10X Academy komited untuk memperkasa industri dengan:

  • Meningkatkan kemahiran tenaga kerja
  • Meningkatkan produktiviti organisasi
  • Mewujudkan nilai jangka panjang kepada perniagaan

👉 Ketahui lebih lanjut tentang Latihan TikTok Content & Live Strategies di sini: https://p10xacademy.edu.my/hrdc/

Latest News