September 10, 2025
Pelancaran Rasmi P10X Academy Disempurnakan oleh YB Steven Sim
Majlis pelancaran P10X Academy Dirasmikan Oleh YB Steven Sim

Putrajaya, 17 Jun 2025 – P10X Academy telah melakar sejarah baharu dalam dunia pendidikan TVET apabila berlangsungnya Majlis Pelancaran Rasmi P10X Academy di Zenith Hotel Putrajaya, yang telah disempurnakan oleh YB Steven Sim, Menteri Sumber Manusia Malaysia.

Majlis penuh bermakna ini turut dihadiri oleh Yang Mulia Sharifah Nurul Afzan Jamalullail binti Yang Amat Mulia Tengku Syed Temenggong Perlis Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail selaku Penaung P10X Academy, serta Datuk Shariffah Maznee Al Attas binti Haji Syed Noor Osman selaku Pengerusi P10X Academy. Kehadiran kedua-dua tokoh ini menyerikan lagi majlis dan memberi sokongan padu terhadap usaha akademi dalam memperkasa bidang Automotive Aesthetics di Malaysia.

Pelancaran rasmi ini menjadi simbol kepada komitmen P10X Academy dalam melahirkan tenaga mahir, meningkatkan standard industri, dan membuka peluang pekerjaan serta penjanaan pendapatan kepada golongan belia dan komuniti setempat.

Dalam ucapannya, YB Steven Sim menegaskan bahawa usaha seperti yang dijalankan oleh P10X Academy adalah selari dengan aspirasi kerajaan untuk mengangkat TVET sebagai arus perdana dalam pembangunan modal insan negara.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan industri, pemain utama sektor automotif, ahli akademik serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersama-sama menyaksikan detik bersejarah buat P10X Academy.

Dengan pelancaran rasmi ini, P10X Academy optimis untuk menjadi pusat rujukan dalam bidang Automotive Aesthetics, sekaligus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam latihan berimpak tinggi yang menjanjikan masa depan cerah buat generasi muda.

Berita Terkini